Wednesday, 11 November 2015

riview sket....

assalamualaikum....   salam pancing dari KTA...

dengan sedikit kelapangan ni ,,  ingin saya menulis tentang tali pancing dan yang seangkatan dengannya...
ini cumalah berdasarkan pengalaman cetek saya dalam arena pemancingan ini...

setakatni banyak lah sudah tali pancing yang telah saya gunakan...  antaranya ialah,
tali mono cap pengail ikan:
 tali ini yang sememangnya lah termurah.. jenis gulung sahaja. maaf xde gambo.. ok untuk dibuat perambut . sebab murah n mudah didapati.. tahap kekuatan agak ok untuk lbs yang dinyatakan. sesuai untuk yang berbajet rendah.. kelemahan mudah putus jika terdapat luka atau kesan geseran. jadi jika anda menggunakannya , perhatikan selepas ikan dinaikkan sekiranya terdapat gerigis , lebih baik buat perambut baru..

tali mono ichiban:
sumber google
 bagi saya tali ini agak bagus untuk dibuat perambut.. cuma xboleh digunakan berkali2 dan tempoh hayat pendek.. tukar kepada perambut baru jika sudah lama digunakan kerana mudah putus. saya juga pernah guna sebagai mainline, akibatnya putus ketika ikan tarik walau drag loose. mungkin struktur tali yang xsesuai untuk jangka hayat yang lama..

tali mono sunlight:
maaf gambonye xde.. boleh tengok di entry yang lepas di ajlaa village . saya masukkan pada reel opus bri 30lbs..   setakat ini sangat bagus. hampir setanding daiwa crystal clear.. saya sangat syorkan sebagai mainline.

 tomman big foot:
sumber google
 tomman bigfoot ini  saya gunakan juga sebagai perambut dan mainline..  agak bagus bagi harga yabg rendah dan tali yang panjang.. jadi jika bajet kecil bolehla korang nak guna n beli...  tahap regangan yang agak baik jadi ikatan xmudah lucut..

 daiwa crystal clear:

sumber google
monoline terbaik setakat ini yang pernah saya gunakan..  tahap regangan yg tinggi, ikatan sangat bagus..  walau  bergerigis di sagat tiang masih berfungsi elok. cuma disyorkan potong yang bergerigis untuk elakkan putus semasa bertarung..
nampak x gerigis yang teruk, tp masih kuat.

pro fishing pe, braid
murah jer, baru pakai sekali, xteruji dengan ikan mega lagi.warna dah mula luntur

power pro braid:
yang ini, semua orang tahu lahkan, memang disyorkan.pastikan yang original ya. sekarang terdapat yang di'coated'kan. lebih baik.. dulu saya pakai yang xcoated,,  ok juga tahan. cuma xsehebat yang coated..
sumber google
berkeley fireline.:
sumber google
yang ni sememangnya sangat tahan, lambat berbulu.cuma keras, tapi nak tarik ikan, konfiden memang tinggilah.. harga memanglah padan dengan talinya...

oni monoline..
xda gambo..  sememangnya murah, tapi xtahan regangan. xdisyorkan sangat untuk heavy duty..  ikatan mudah lucut.
 
berkeley nanofil..
sumber google
nanofil 10lbs dimasukkan pada reel biomater
yang ni seperti diketahui ramai, sangat best untuk casting. cuma bila dah lama, minta tukar lah, sebab mudah meletup bila dah lama.  yang lain ok..

dam maxima..
sumber gogle
yang ni saya pernah guna dulu, feel nya ok, sesuai mainline.disyorkan juga.

dan yang akhirnya adalah cap biasa yang lain..  jadi berpadanan lah dengan tempat pancingan kita, sekiranya masin atau tawar, berbatu atau tiada reba. hendaklah kita pastikan jenis tali yang paling sesuai , berdasarkan pengalaman orang lain dan pengalaman kita sendiri..ada yang mahal ada yang murah, ada yang tahan lasak dan ada yang kurang lasak, jadi kita sendirilah yang sesuaikan mengikut bajet masing-masing...

nampaknya disini dulu bebelan saya kalini, macam skema jerk,  huhuhu...
berjumpa dilain kali..  salah dan silap harap maafkan. mungkin tepat dan mungkin kurang tepat riview saya. yang betul ambil sebagai pedoman , yang salah sebagai sempadan..

ingat pancing, ingat KTA...


3 comments:

shaiful said...

pearhhhh
macam sifu arrr kwan aku sorang ni bagus2

shaiful said...

nanti hang try tali kierin plak mmg terbaik setakat ni aku guna
toman sebarau tenggiri gt yg paling besar alu alu 8kg
semua aku guna tali tu la .
tali tu pun ok jugak memag ekonomi xsampai pun rm50 aku beli satus meter
walaupun berbulu nampak mcm dah reput tapi kuat lagi
cuba la kalau xcayaa....

komodo team anglers said...

hehe,, ada umur ada rezki, ada duit, buleh aku tray beli..

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...